
Aku saje ambik tajuk lagu Aisyah untuk topik kali nie. Kalau diingatkan kembali zaman belajar dulu, aku sebenarnya termalu dengan diri sendiri. Aku sorang yang bukan sahaja tak kisah tentang orang lain, tapi juga tak suka memaafkan orang. Hasilnya? Aku seorang yang keras hati, degil tak tentu hala (walaupun orang kata aku nie lembut dan sopan orangnye, betul ke nie???). Maklumlah, aku kan pernah menang pelakon lelaki terbaik teater negeri dua kali, hahahahahahaha. So, adakah tidak memaafkan orang sebenarnya sama dengan dendam??? Lain perkataan, lain makna tapi penghujungnya ke arah yang sama!!!
Apapun, aku tak sure aku nie pendendam orangnye ke apa... Itu dululah. Zaman moda2 dulu. Sekarang nie, aku suka pada ketenangan. Yang pasti tak suka pada pertikaian dan pergolakan. Aku akan cuba elak. Tapi kalau orang suka pertikaian camne ek? Camne aku nak handle ye? Aku confius leeee... Kalau boleh aku handle, aku handle. Kalau boleh aku elak, aku elak. Kalau ketegak sangat???
Ada orang sangat suka bergaduh, macam tak lengkap hari depa kalau tak gaduh. Aku kusut orang macam tu. Menyampah! Kalau boleh baling botol, aku dah baling botol dah. Kalau boleh rejam, aku rejam. Sabar jelah. Dia ingat dia je yang ada masalah, aku takde masalah ker??? Dia ingat, dia aje ada kehendak, aku takde kehendak aku? Aku kalau ungkit semua kang, tak jadi orang la, keraq la (kata orang Penang)
So, apa aku akan buat? Aku buat bodoh je lah. Boleh aku buat bodoh ke? Ada aku kisah, chak chak chak chak, cicak... Banyak lagi benda penting yang perlu aku fokus dari orang bodoh macam tu. Kalau boleh aku jerit, nak je aku suruh bukak minda besau2, jangan jadi beruk dalam utan, berangan tak sudah2...
Satu yang pasti, sepanjang pemerhatian aku lah kan, berdendam sebenarnya tak baik kan. Ia bukan saje kononnya bertujuan menyeksa orang kedua tu, tapi sebenarnya menyeksa diri sendiri. Di akhirnya yang terseksa ialah KITA SENDIRI! Hish, simpang lah. Aku harap aku tak berdendam la dengan sesiapa. Teringat Arwah Yasmin Ahmad (dan orang lain juga), selalu maafkan orang sebelum tidur. Dulu selalu buat, tapi sekarang kalau marah kat orang tu, berhari2 nak maafkan susah. Kenapalah aku diseksa begitu ye... memang tak suka la. Kalau tak suka, orang kata lenyapkan jer, betul ker.... Betul kalau memudaratkan kan....Setuju2...
Lagi satu, memang susah jaga hati orang kan. Kita buat apa pun orang takan puas hati. So, yang pertamanya jaga lah diri sendiri (tak kiralah perempuan ke lelaki)(dengan alasan yang munasabah dan konkrit). Lepas kita jaga diri sendiri, barulah kita akan pandai jaga hati orang. Kalau kita boleh ignore kesalahan orang ignore jer. Kalau tak boleh, jauhkan diri je dari orang tu... senang cerita... dendam2 takde masa, banyak keja lain lagi den nak buek!
No comments:
Post a Comment