Friday, June 18, 2010

"Anak akak termakan taik ker?" La....


Lamanya tak menulis. Sebenarnya atas banyak sebab tapi lupakan sebab2 tu dulu ye, hehehehe. Baru nie balik kampung, sempat sepupu aku masakkan bubur nasi santan. Aku tak tau le tentang negeri lain, tapi johor n melaka aku rasa sama kot. Korang tau tak bubur nasi santan??? Ala, bubur nasi yang dimasak dengan santan. Selalunya dibuat dalam dua warna (putih dan merah atau coklat), kemudian di makan dengan gula melaka. Sedapppppppp


Sebenarnya bubur santan ni nostalgialah zaman kecik2 dulu. Makcik2 kat kampung tu kalau buat bubur santan, confirm jemput aku makan. Sebab apa??? Sebab muka kesian aku laaa kan. Aku diberitahu yang di Johor, kalau bubur santan tu dimasak bila tiba hari jadi budak2. Kalau dah besar pun, mak2 yang rajin tu tetap buat bubur santan bagi kat orang lain. Aku rasa sama jer kat melaka tu. Makcik2 kampung nie, suka buat bubur santan bagi budak2 makan. Panggil lah seberapa ramai budak yang ada kat keliling umah tu jemput makan bubur. Moga2 rahmat Tuhan melimpahi lah mereka yang baik2 nie yee.


Bila dok makan bubur dengan sepupu2 nie sambil mengenang kembali nostalgia lama sebab bukan sekadar tanda terima kasih atas panjang umur tu. Abis tu apa lagi???? Sebab ni adat orang lama kalau buat bubur nasi nie. Tau tak sebab apa buat bubur nasi??? Selalunya orang yang buat bubur nasi ini adalah apabila anak mereka (semasa bayi) termakan tahi sendiri, hahahahaha. Betul ker? Betul la... Aku sempat interview makcik2 yang banyak pengalaman nak confirmkan cerita nie. Asalnya kami tergelak sebab sepupu kami ni termakan tahi dia sendiri masa umo dia 3 tahun (kira cerita dia nie berpanjangan la sehingga sekarang walaupun umo dia nak masuk 30 tahun da).


Macamana pulak kaitan bubur nasi dengan makan tahi??? Hish mengarut kan. Cerita nye gini... mengikut adat orang melayu, jika anak dia termakan tahi sendiri, si emak akan terpaksa meminta secupak beras dari 7 rumah jiran. Dia kenalah buat bubur nasi santan nie dan bagi kat jiran2 dia yang lain. Apabila si emak tu meminta, jiran akan tahu la yang sebenarnya anak dia dah termakan tahi, tapi wajib diberi secupak beras tu ye...


Apa pengajarannya??? Kata mak mertua aku (orang pay rock), kiranya pengajaran le kat si emak tu supaya menjaga anaknya dengan baik, dan itu dikira hukuman lah kat si emak atas kelalaian dia sehingga anaknya termakan tahi... Sekarang dengan zaman pampers nie ada ke budak lagi yang makan tahi???? Ntah, aku pun tak tau. Kalau termakan pun, ada mak dia kisah nak mintak orang beras! senyap2 dah le kan, hahahahahaha.


Ntah le, relevant atau tak dengan zaman sekarang aku pun tak tau tapi 'interesting to know'. Jadi, sambil makan bubur, si sepupu yang pernah termakan tahi tu pun mai la, terus terkedu sebab cerita dia akan disambung lagik... nak2 dengan penjelasan panjang lebar aku kat anak2 sedara yang sibuk menanya.....

No comments: